1BESTARINET


1 BESTARINET

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.

Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.


CHROMEBOOK
Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer. Ianya pantas (masa boot kurang daripada 8 saat), kurang selenggara diperlukan dan memfokuskan perkhidmatan awan (cloud).

Dalam projek 1BestariNet chromebook dibekalkan ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook untuk digunakan di sekolah. Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan dengan program outreach mengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun lepas.


Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set chromecart mobile lab yang ada di sekolah :


  • 1 rak pengecaj beroda chromebook
  • 21 chromebook (16 model wifi dan 5 model 4G)
  • 1 zoom Yes 4G
  • 1 AP wireless
  • 1 Cache Machine
  • 1 Pencetak Awan (cloud printer)

Untuk kawasan PKG Sungai Bakap hanya 7 buah sekolah terlibat dalam projek ini iaitu :



  1. SJKC Keng Koon
  2. SMK Mutiara Impian
  3. SJKC Boon Beng
  4. SJKC Kampung Valdor
  5. SJKC Kampung Jawi
  6. SMK Tun Syed Sheh Barakbah
  7. SMK Jawi


VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE)

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.


Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
GURU

Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.

PELAJAR

Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.

IBU BAPA

Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.