PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MELALUI SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS TAHUN 2019 (SSQS)


















Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2019 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah mengikut negeri masing-masing seperti berikut:



PELAKSANAAN DIGITAL COMPETENCY STANDARDS (DCS) TAHUN 2019




Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). 
Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Untuk tahun ini perlaksanaan dilaksanakan dalam dua peringkat kumpulan iaitu : 

Kumpulan 1 : Sekolah Menengah (1hb Julai – 30hb Ogos 2019) - SELESAI

  1. Murid Tingkatan 3 (40 orang)
  2. Murid Tingkatan 5 (40 orang)
Kumpulan 2 : Sekolah Rendah (15hb September – 22 November 2019) - PELAKSANAAN OLEH SEKOLAH
  1. Murid Tahun 6  (40 orang)

_________________________________________________________________________________________


PANDUAN RINGKAS 


> LANGKAH 1

Log masuk sistem DCS dengan pergi ke URL berikut : dcs.moe.edu.my. Masukan KODSEKOLAH sebagai ID dan Kata Laluan. Contoh dibawah :    



> LANGKAH 2

Satu paparan dashboard sekolah akan keluar. Klik Teacher Management untuk mendaftar guru kelas terlibat.



> LANGKAH 3

Klik dan buat ID guru terlibat mengikut kelas dan satu ID dan Password akan dijana. Salin dan berikan kepada guru terlibat untuk log masuk.




> LANGKAH 4

Selepas berjaya masuk satu paparan dashboard untuk guru dipaparkan klik pada menu Student Management untuk membuat kelas yang diperlukan mengikut jenis sekolah cikgu.

Sekolah Menengah
  1. Tingkatan 3 ialah (40 orang)
  2. Tingkatan 5 ialah (40 orang)
Sekolah Rendah 
  1. Darjah 6 (40 orang)
Bagi SKM yang kurang 40 orang sila lengkap setakat mana ada bagi setiap kumpulan sasaran. 



> LANGKAH 5

Selepas menggunakan ID yang dijana cikgu akan diminta memasukan no IC sebagai ID dan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan   



> LANGKAH 6

Cipta kelas dan isikan kelas tersebut dengan nama pelajar yang terlibat. Cikgu boleh gunakan butang manual untuk cipta pelajar atau memuat naik fail CSV MS Excell mengikut contoh format yang disediakan. 



> LANGKAH 7

Pelajar akan menggunakan no IC atau MyKid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan dan menjawab permainan DCS sehingga habis 20 peringkat. Sijil akan dijana secara automatik dan mohon cikgu muat-turun sijil-sijil yang diperolehi sebagai rekod pelajar terlibat.






SESI BENGKEL DI PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI BAKAP

PKG Sungai Bakap akan menjalankan beberapa siri Bengkel seperti berikut :


1. Bengkel Troubleshooting Komputer Dan Network (LAN) Untuk Guru Penyelaras Bestari (GPB) Dan Guru Penyelaras ICT (GPICT) Sekolah Ahli PKG Sungai Bakap Tahun 2019

> Tarikh: 10 Julai 2019 (Rabu)   
> Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Nibong Tebal
>  Masa : 8.00 Pagi 


2. Bengkel Pengurusan Pusat SUmber Sekolah Untuk Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) Dan Guru Pusat Sumber Sekolah (GPSS)  Sekolah Ahli PKG Sungai Bakap Tahun 2019

> Tarikh:  16 Julai 2019 (Selasa) 
> Tempat : Dewan Auditorium Dato Seri Zainal Abidin Bin Osman, Sungai Kecil
>  Masa : 8.00 Pagi 


3. Bengkel Troubleshooting Netbook Untuk Juruteknik Komputer (FT19) Dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) Daerah Seberang Perai Selatan Tahun 2019

> Tarikh: 18 Julai 2019 (Khamis)   
> Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Sungai Bakap

>  Masa : 8.00 Pagi 


  *  Surat Panggilan telahpun diemailkan kepada sekolah (1GovUC - kodsekolah@moe.gov.my atau jpnpp.edu.my)
  *  Sila semak, sekiranya tidak dapat sila maklum dan hubungi PKG Sungai Bakap


Sehubungan dengan itu semua yang terlibat  diminta hadir. Kerja sama dan Komitmen semua yang terlibat amatlah dihargai.Sekian Terima Kasih.

SENARAI SEKOLAH INTERIM 2019 (SEKOLAH AHLI PKG SUNGAI BAKAP)


Berikut disertakan senarai sekolah yang terlibat dengan Interim dan senarai ISP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.

PELAKSANAAN TALIAN INTERIM INTERNET SEKOLAH


Berikut adalah surat pemakluman yang telah diedarkan oleh pihak KPM :
















* Dimaklumkan bahawa bermula 1 hb Julai 2019 semua perkhidmatan dibawah kontrak 1Bestarinet akan tamat

PERINGATAN MESRA : MAKLUMAN KEPERLUAN UNTUK PENGGUNA MEMBUAT SANDARAN (BACKUP) DATA DAN BAHAN KANDUNGAN FROG DRIVE DAN GOOGLE DRIVE DI FROG VLE




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan / Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dan surat kami [Ruj: KPM.100-15/1/12 (7)] bertarikh 3 Mei 2019 adalah berkaitan.

2. Untuk makluman dan perhatian tuan/puan jua, tarikh akhir untuk melaksanakan aktiviti sandaran (backup) bahan digital dari Google Drive dan FROG Drive yang dipautkan dengan ID 1BestariNet adalah pada 29 Jun 2019 (20 hari lagi).

> Surat Makluman Backup GDrive FROG Drive
> Tatacara muat turun bahan PdP dari Frog Drive dan Google Drive

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya peringatan dan makluman ini disebarkan ke agensi / institusi / sekolah di negeri tuan / puan. Mohon juga kerjasama untuk memanjangkan emel ini kepada sektor / unit di JPN yang berkaitan, sekiranya perlu. 

Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.

Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia






VIDEO UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI PKG SUNGAI BAKAP TAHUN 2019